Madrasah Al-Qurra’( MAQ ), diwakafkan oleh Tuan Haji Ismail dan Puan hajah Rohana Hussin pada 13 Nov 2007. Ia merupakan sebuah Institut Tahfiz Al-Quran yang diusahakan secara persendirian telah diasaskan oleh Prof Madya Hj Musa Ahmad pada tahun 2008 dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Negeri Melaka beroperasi secara rasminya pada 1 Februari 2009. Pada masa kini, Madrasah Al-Qurra' telah mempunyai dua buah madrasah iaitu lelaki (Banin) dan perempuan (Banat).
MADRASAH AL-QURRA' (BANIN) | MADRASAH AL-QURRA' LIL BANAT | |
MAQ menawarkan Program Pendidikan Tahfiz - Dinniah sepenuh masa , Program Pengurusan Masjid di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan Kokurikulum. Kurikulum Pembangunan Program Tahfiz Dinniah diolah dan disusun sebegitu rapi dengan menggunapakai silibus Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Tahfiz Madrasah. Madrasah Al-Qurra' telah berusaha bagi mendapatkan pentauliahan lesen mengajar Pra-Tahfiz peringkat pendidikan awal sekolah melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain itu, Madrasah Al-Qurra' telah mengadakan kaloborasi strategik bersama Darul Quran JAKIM , Jabatan Pendidikan Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan untuk memperkasakan Program Latihan Pengurusan Masjid Tahap 3,4 dan 5. Pelajar yang berjaya mengikuti program ini akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Pihak Kerajaan. Kurikulum Program Dinniyah pula sangat penting kerana ia dibangunkan bagi melengkapkan para pelajar ilmu fardhu ain terutama ilmu pengetahuan Tauhid, Feqah, Hadis , Tafsir, Sirah, Akhlak . Seni Khat dan Bahasa Loghatul Quran.